Cakera liut (floppy disk) adalah
peranti menyimpan data yang terdiri dari kepingan bulat nipis mudah lentur (liut) medium storan bermagnet disarung oleh bekas plastik segi empat sama atau segi empat bujur. Cakera liut dibaca atau ditulis dengan menggunakan
pemacu cakera liut.
Cakera 5¼-inci dengan medium bermagnet separa terdedah berputar pada paksi tengah. Sarungnya mempunyai lapik kain bagi menyapu habuk daripada medium. Perhatikan "slot membenar penyimpanan" di sebelah atas kanan dan lubang berhampiran paksi yang menyelaras kepantasan pemancu.
Sejarah turutan format cakera liut, termasuk format terakhir yang diterima pakai secara meluas (ubiquitously adopted) (3½-inch HD).DD = Double Density; QD = Quad Density; HD = High Density; ED = Extra High Density.
Latar belakang
Cakera liut, juga dikenali sebagai floppy atau disket (nama yang dipilih agar menyerupai perkataan "kaset"), adalah biasa pada 1980-an dan 1990-an, digunakan oleh komputer peribadi dan komputer rumah ("PC") seperti
Apple II,
Macintosh,
Commodore 64,
Amiga, dan
IBM PC untuk mengedar perisian, memindahkan data antara komputer, dan menyimpan salinan (backup) kecil. Sebelum cakera keras menjadi popular bagi komputer peribadi, cakera liut seringkali menjadi pilihan bagi menyimpan sistem operasi komputer, perisian aplikasi, dan data lain. Banyak komputer rumah mempunyai OS utama (kernel (sains komputer)) disimpan secara kekal dalam cip ROM (on-board), tetapi menyimpan sistem operasi cakera dalam cakera liut, sama ada ia sistem proprietari,
CP/M, atau kemudiannya,
DOS.
Pada awal 1990-an, saiz perisian yang semakin meningkat bererti kebanyakan perisian diedarkan melalui set cakera liut. Pada akhir 1990-an, pengedaran perisian beransur-ansur ditukar kepada
CD-ROM, dan format sokongan isipadu lebih tinggi (higher-density) diperkenalkan (contohnya,
pemacu Zip)
Iomega. Dengan ketibaan capaian
Internet umum,
Ethernet murah, dan pemacu
USB, cakera liut tidak lagi diperlukan bagi pemindahan data lagi, dan cakera liut digantikan. Salinan pukal (mass backups) kini dilakukan kepada
pita bermagnet (magnetic tape) seperti
DAT atau
streamer, atau ditulis kepada
cakera padat (compact disc) - CD atau
DVD. Salah satu cubaan yang gagal (di pasaran) pada akhir
1990-an untuk meneruskan cakera liut adalah
SuperDisk (LS120) dengan kapasiti 120 MB sementara pemacu serasi mundur dengan cakera liut 3½-inci piawaian.
Bagaimanapun, pengilang keberatan untuk menyingkir pemacu cakera dari PC mereka, untuk keserasian mundur, dan kerana kebanyakan jabatan
teknologi maklumat syarikat menghargai mekanisma pemindahan fail dalaman yang sentiasa berfungsi dan tidak memerlukan
pemacu peranti (device driver) untuk berfungsi.
Syarikat Komputer Apple merupakan pengilang komputer secara pukal yang pertama meninggalkan pemandu cakera daripada model komputer sepenuhnya, dengan penngeluaran model
iMac pada
1998, manakala
Dell meletakkan pemandu cakera liut sebagai pilihan dan model mereka bermula
2003. Walau bagaimanapun, sehingga kini cakera liut masih lagi menjadi peranti utama untuk menyimpan dan bertukar data.
Terdapat juga pemacu cakera liut yang berdasarkan
USB untuk komputer yang tidak mempunyai pemacu cakera liut, dan ia berfungsi di mana-mana mesin komputer yang menyokong USB.
Cakera liut dirujuk secara universal di dalam ukuran imperial (imperial measurement), walaupun di negara yang menggunakan sistem
metrik [Nota: Di dalam rencana ini, penggunaan "KB" adalah merujuk kepada "KiloBait" (1,024 Bait).]
Sejarah
Asal, cakera 8-inci
Pada tahun
1967 IBM memberikan tugasan baru kepada pusat pembangunan storan di
San Jose, California: bangunkan sistem yang mudah dan murah bagi mengisi
kod-mikro ke dalam
System/370 mainframe. 370s merupakan mesin IBM pertama yang menggunakan ingatan semikonduktor, dan apabila kuasa ditutup, kod-mikro perlu diisi semula (
ingatan teras bermagnet, yang digunakan dalam mesin sebelum 370, the
System/360 line, tidak kehilangan kandungannya apabila ditutup). Biasanya tugasan ini diberikan kepada pelbagai
pemacu pita (tape drive) yang disekalikan bersama hampir kesemua sistem 370, tetapi pita adalah besar dan perlahan. IBM mahukan sesuatu yang lebih pantas dan dibina khusus yang boleh juga digunakan bagi mengedar kemaskini pada pelanggan dengan kos serendah US$5.
David Noble, bekerja di bawah arahan
Alan Shugart, mencuba beberapa penyelesaian sediaada bagi melihat samaada dia dapat memajukan pita stail baru untuk tujuan tersebut, tetapi akhirnya berputus asa dan mula semula. Hasilnya adalah cakera 8-inci (20 cm) baca sahaja yang dipanggil "cakera ingatan", mengandungi 80 (kilobyte) (KB)]]. Versi asal adalah cakera sahaja, tetapi kekotoran menjadi masalah besar dan mereka melindunginya dalam bekas plastik yang dialas fabrik yang memerangkap habuk. Peranti baru menjadi bahagian piwaian bagi 370 pada
1971.
Pencipta
Jepun,
Yoshiro Nakamatsu (atau Dr. NakaMats), mendakwa bahawa dia secara bebas mencipta prinsip cakera liut semenjak
1950, dan dengan itu lesen jualan perlu didapati oleh IBM apabila mereka mula menghasilkan sistem cakera liut mereka.
Pada tahun
1973 IBM membebaskan versi baru cakera liut, kali ini pada Sistem Kemasukan Data 3740 (3740 Data Entry System). Sistem baru ini menggunakan format rakaman yang menyimpan sehingga 256 KB pada cakera yang sama, dan boleh baca-tulis. Pemacu ini menjadi biasa, dan kemudiannya digunakan untuk memindahkan sejumlah kecil data, hampir sepenuhnya menggantikan pita bermagnet.
Apabila
komputer mikro pertama dimajukan pada
1970-an, cakera liut 8-inci diletakkan sebagai salah satu peranti storan pukal berkelajuan tinggi yang hampir mampu dibeli oleh pasaran sasaran (individual dan business kecil). Sistem operasi komputer mikro pertama,
CP/M, pada asalnya dijual pada cakera liut 8-inci . Bagaimanapun pemancunya masih mahal, biasanya lebih mahal berbanding komputer yang dilekatkan padanya pada masa itu, dengan itu kebanyakan mesin era tersebut sebaliknya menggunakan tape keset.
Ini bertukar dengan penerimaan piwaian pertama bagi cakera liut,
Ecma International-59, dikarang oleh Jim O'Reilly dari
Burroughs, Helmuth Hack dari
BASF dan yang lain.
Pada masa ini Alan Shugart telah meninggalkan IBM, berpindah ke
Memorex untuk tempoh masa yang singkat, dan sekali lagi pada
1973 untuk mengasaskan
Shugart Associates. Mereka mulai berusaha memperbaiki format 8-inch  sediaada, akhirnya menghasilkan sistem baru 800 KB. Bagaimanapun keuntungan sukar dihasilkan dan pada tahun
1974 dia disingkirkan dari syarikatnya sendiri.
CAKERA CD-ROM

Cakera CD-ROM merupakan satu teknologi yang selalu digunakan pada mikrokomputer. CD-ROM bermaksud cakera padat - ingatan baca sahaja (Compact Disk Read Only Memory). Baca-sahaja bermaksud kita hanya boleh membaca apa sahaja data yang ditulis pada cakera CD-ROM. Cakera CD-ROM merupakan sekeping cakera plastik yang berdiameter 120mm dan boleh menyimpan data sehingga 650MB.
Pemacu CD-ROM adalah pemacu yang digunakan untuk membaca isi kandungan CD tersebut. Dari segi kelajuan (speed) pemacu tersebut, pengguna memang mempunyai pelbagai pilihan misalnya 6x, 8x, 12x, 18x, 20x, 24x, 32x ataupun sehingga 100x. Kelajuan pemacu melambangkan kelajuan cakera berputar. Pemacu kelajuan tunggal boleh mencapai data sebanyak 150KB per saat, kelajuan berganda sebanyak 300KB per saat dan seterusnya.
CD-ROM telah menjadi media yang penting dalam pelbagai kegunaan, antaranya ialah storan data, ensiklopedia, katalog, permainan, pendidikan berhibur (edutainment), majalah buku, wayang dan animasi atau dokumen bertulis. Walaupun CD-ROM dan pemacunya telah digunakan pada PC multimedia terdahulu dan sekarang, namun kehadirannya tidak didedahkan lagi dimasa akan datang apabila munculnya teknologi DVD (Digital Versatile Disk).
CAKERA CD-R
Cakera CD-R bermaksud cakera padat-boleh rekod (Compact Disk-Recordable). CD ini membolehkan kita merekod data atau maklumat yang kemudiannya CD tersebut boleh dibaca oleh pemacu CD-ROM. Contohnya Photo CD.
CAKERA WORM
Cakera WORM bermaksud tulis-sekali baca-banyak-kali (Write Once, Read Many). Cakera ini hanya boleh merekod maklumat atau data sekali sahaja, pastinya tidak boleh dipadam lagi dan boleh dibaca banyak kali. Cakera berteknologi WORM berguna untuk menyimpan data arkib yang tidak perlu diubah lagi dan boleh menyimpan sehingga 122 - 6400MB data.
CAKERA OPTIK BOLEH PADAM
Cakera optik boleh padam (Erasable Optic Disc) membenarkan pengguna memadam dan menulis data banyak kali. Cakera optik boleh padam ini boleh menyimpan data 281 - 3200 MB. Contoh cakera ini ialah cakera magneto-optik (Magneto-Optic Disc, MO). Cakera MO ini menggunakan teknologi magnetik dan optik dan mempunyai muatan sebesar cakera optik dan boleh ditulis semula seperti cakera magnetik. Cakera ini mempunyai kristal yang sensitif magnetik yang dikelilingi oleh plastik yang keras. Untuk perekodan/penulisan, cahaya laser kuat akan dipancarkan kepada plastik dan menyebabkan plastik cair dan seterusnya kristal sensitif magnetik beleh bergerak. Pada masa yang sama (semasa kristal boleh bergerak & plastik cair), kristal tersebut akan diubah kedudukan (disusun) menurut arahan magnetik yang dikenakan keatasnya. Semasa pembacaan data dari MO, cahaya laser lemah disuluh ke kristal dan corak pembalikan cahaya membentuk data.